APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Friday 27 April 2012

WTF!!!:76 Mikroorganisma Misteri Serang ISS




MOSCOW – Saintis Rusia mengenal pasti kira-kira 76 jenis mikroorganisma angkasa lepas yang menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), menurut agensi berita Interfax.

Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia, Anatoly Grigoryev berkata, masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR) dan kini ia mula menjejaskan sistem di ISS.

“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali gus mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,” jelasnya.

Menurutnya lagi, mereka masih tidak dapat memastikan sama ada mutasi mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria sebagai alternatif utama.

Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.

Thursday 26 April 2012

PTPTN: Tarik Balik Bantuan Pelajar Tidak Berprestasi




Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus menarik perhatian persidangan Dewan Negara apabila seorang Senator hari ini mencadangkan supaya PTPTN melihat kemungkinan untuk menarik balik pinjaman kewangan kepada pelajar yang gagal mencapai keputusan memuaskan dalam pengajian mereka.

Senator Chiew Lian Keng berkata ini bagi memastikan supaya pelajar yang mendapatkan bantuan PTPTN sentiasa memberi perhatian dalam pelajaran mereka dan seterusnya mengelakkan mereka daripada tercicir dalam pengajian.

“Saya merasakan baik kita tarik balik ataupun menghentikan sahaja pinjaman PTPTN kepada pelajar yang gagal mencapai keputusan baik dalam peperiksaan di universiti,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Negara.

Hanya Mitos: Panaskan Enjin Waktu Pagi Hanya Mitos




Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Entertainment: Hattan Bergelar Datuk



With great power comes great responsibility”, satu kata-kata hikmah yang amat bersesuaian dengan tajuk artikel ini. Tahniah kami ucapkan kepada Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin setelah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menurut Media Hiburan, Hattan yang popular dengan lagu ‘Rindu Bertandang Lagi’ menerima anugerah tersebut daripada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan.

Flying Kiss Dari Ustaz Azhar Cute

Flying Kiss Ustaz Azhar Cute...Hai3 pandai ustak gura...terbaik




Wednesday 25 April 2012

Monday 23 April 2012

Bukti Bergambar: Sebalik Kebenaran Senibina Putrajaya Bercirikan Freemason

Bukti Bergambar: Sebalik Kebenaran Senibina Putrajaya Bercirikan Freemason

Percaya atau tidak, ramai diantara kita yang yakin dan tahu bahawa banyak senibina di Malaysia ini diselitkan dengan unsur-unsur freemason. Namun begitu ramai pula yang menyangkal dan tidak percaya akan freemason ini. Namun begitu sebagai pendahuluanya sama-samalah anda renungkan 3 hadith Nabi SAW ini.

    “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”.
    (HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar.)

    “Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)”.
    (HR Tirmidzi dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.)

    “Jangan kalian menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani..”
    (HR Tirmidzi.)


Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Gambar Salib di Bumbung Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu


WTF: Gadis Cun Hina Allah Kerana Sayang Boyfriend


Awek cun yang menghina Allah S.W.T kerana sayang boyfriend... Kesian aku tngk

EDISI LUCU :Kisah Rumit Pasangan Suami dan Isteri

Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------

Sunday 22 April 2012

7 Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. 


Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.


Bagaimanakah caranya? 

1. Membuka Bahagian Tangan 

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). 


"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. 


Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. 


Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?" 

Saturday 21 April 2012

Jom Kira Umur Kita Mengikut Tahun Islam yang Sebenar!



Seperti yang kita tahu, umur kita ini dikira menggunakan kalendar Masihi dan bukan mengikut tahun atau kalendar hijrah. Pernahkan anda terfikir berapa umur anda sekarang jika dikiran menggunakan kalendar Hijrah? Aried sendiri teringat kepada kata-kata Ustaz yang menyatakan bahawa umur kita ini sebenarnya ada 2 iaitu:

1. Umur Tahun Hijrah (ISLAM)

2. Umur Tahun Masihi

Apabila ditanya sama ada umur tahun hijrah dan tahun masihi yang mana lebih banyak, ustaz nyatakan umur hijrah ini lebih banyak. Jom kita kira.

Jom Kira Umur Kita Mengikut Tahun Islam yang Sebenar!

1. Klik IslamCity

2. Masukkan kelahiran anda

3. Dapatkan tahun kelahiran hijrah anda dan tolak pada tahun hijrah ini.

Contohnya lihat gambar dibawah.

Perang Dunia Ketiga, 140 Juta Umat Islam dan Angelina Jolie

KAN AKU DAH KATA
He3..kali nie tajuk kebacaannya sangat serius. Ilek korang try baca komik ni sampai abis. Ader benornya gak tuh. Kita selalu melupakan siapa saudara kita dan lebih menyanjung ***dara orang lain.

Gambar Proton Preve Yang Fail Test Drive...Drive To Believe It

Proton Preve Test Drive Yang Fail Drive to Believe It....  Mungkin adalah kerosakan yang tidak dijangka oleh pengujinya...Rakyat Malaysia diminta bertenang dan jangan memboikot kereta buatan Malaysia ini yang sentiasa mementing kualiti dalam pembuatan dan kuantti yang dikeluarkan

Photoshop:Aaron Aziz Bengang Gambar DiTukar Jadi Dr.Rozmey

Dunia berteknologi tinggi yang diperoleh manusia abad ini nampaknya boleh menukarkan pelbagai benda fizikal, cecair mahupun gas dan plasma yang ada di bumi.
Malahan artis popular Aaron Aziz pun terkena tempias dek kehebatan teknologi ini. Malah turut dinyatakan dalam tweeternya. He3... kesian Aaron Aziz

Photoshop:Aaron Aziz Bengang Gambar DiTukar Jadi Dr.Rozmey
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...