APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Monday 31 October 2011

Wow: Buat Pencinta Hello Kitty "Hello Kitty House"

Jika anda pencinta Hello Kitty benar, jangan lepaskan peluang yang harus anda dan lawati Hello Kitty House di Shanghai, China.

Checkidout


Apo Dah Jadi:Girl Hati Hati Parking Kereta

Hati hati semasa parking kereta kerana jika anda tidak punya sikap itu, anda akan dirompak.Huh?. Maksudnya kalo kereta rosak kene kuar duit lagi nakbaiki kete tuh.Okey


Berita:Video Rompakan Kedai Runcit Bersenjata

KUALA LUMPUR: Bagaikan telur di hujung tanduk. Itu perumpamaan bagi menggambarkan nasib tiga beranak yang ditetak bertubi-tubi dua penyamun bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Rabu lalu.

Akibat pergelutan itu, pemilik kedai berusia lewat 40-an menerima 10 jahitan di kepala, isterinya yang berusia awal 40-an pula lapan jahitan di kedua-dua tangan manakala anak lelaki berusia 19 tahun, enam jahitan di kepala. Kejadian bermula jam 1 tengah hari, apabila sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis berkenaan.

Fakta Fakta Yang Buat Anda Sebut: WOW!!!

Sambil tengah mkan makan ngup ngap tue, aper kata cedok cedok fakta berkartun nie. Mudah dan senang nak ingat. Chekidout


Apo Dah Jadi: Bakar Kedai Jiran Sebab Ramai Pelanggan

Persaingan sengit untuk dapatkan pelanggan bertambah hangat dan lebih hangat lagi daripada memasak ikan bakar dalam ketuhar@oven panas apabila...

Senarai Forum Terbest di Malaysia

Forum komuniti adalah salah satu penggunaan internet yang semakin popular selain daripada rangkaian sosial. Forum komuniti adalah tempat di mana satu perbincangan tentang sesuatu topik  secara maya dilakukan di internet

Sukan: Irfan Bakti Umum Tinggalkan Terengganu

Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.Di bawah kendalian Irfan Bakti selama dua musim.

Seram: Detik Ular Sawa Gergasi Telan Kanggaru

Gambar menakjubkan bagaimana ular nie memakan mangsanya:seekor kanggaru. Biasanya yang dilihat mangsanya terdiri daripada ayam ayam, kambing. Ini KANGGARU...Chekidout


Wow :Sini Tempat Untuk Anda Jadi Biskut

Mungkin agak kurang siuman bunyinya. Hah nak jadi biskut. Aku dah elok jadi makhluk yang paling sempurna ciptaannya mana mungkin mahu jadi biskut.Bentak bentak...Sabar dulu....He3..Sambung bacanya

Sebuah syarikat,Parkers Crazy Cookies menggunakan daya pemikiran kreatif untuk mencipta biskut yang unik. Camner tuh. Dengan mengambil gambar gambar yang dikehendaki dan memproses, membentuk biskut mengikut gambar yang diambil. Customer kene tempah ler dan minimum 25 bag setiap kali tempah

Moto syarikat ni"Where you can be a cookie and we can make it happen"

Wow: Koleksi Baju Diperbuat Daripada Bunga Asli

Koleksi baju ini sangat unik kerana diperbuat daripada bunga bunga semulajadi. Wow susah nak pakai tue alo silap gans sket mau terkoyak dan hancur. Biasa pakai baju diperbuat daripda kain..Erm chekidout


Gambar :Gadis Terkecil Dalam Dunia

Seorang gadis dari India, Jyoti Amge, dengan ketinggian 1 kaki 11 inci (58cm) dan mungkin gadis terkecil di dunia dengan berat 5 poun (2.27kg)




Sihat: PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA.



Asas 5 jari

Jari telunjuk ...: usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Berita: Nelayan Jepun Kembalikan Wang Hilang 11 Milion Masa Tsunami

Sebuah bot nelayan di Jepun berjaya menangkap hasil tangkapan laut yang lumayan. Tapi bukan dalam kategori benda hidup. Apo Dah JAdi sebenarnya?.

Hasil tangkapan mereka merupakan sebuah beg berisi wang  11 milion yen yang dipercayai telah hanyut semasa tsunami melanda negara itu. Tak siapa akan buang wang sebanyak itu dan ini semestinya berkaitan dengan kejadian tsunami tempoh hari akibat gempa bumi berskala 9.0 Ricther.

Apo Dah Jadi: Lelaki Ditemui Tersekat Kat Lubang Pokok

Polis California memberi tindakbalas terhadap suatu laporan  seseorang yang menjerit meminta pertolongan menemui seorang lelaki yang tersekat dalam lubang sbatang paokok.

Lelaki itu yang nama nya tidak dikeluarkan, telah masuk kedalam luabng itu kira2 4 hingga ke 5 kaki pada aras kedalaman ke bawah tanah.

Sunday 30 October 2011

Berita: Lelaki Bertuah Elak Rod Keluli Masa Kemalangan

 
Refleks pantas pemandu Cina selamatkan dia daripada kematian selepas keretanya berlanggar dengan sebuah lori membawa beratus-ratus rod keluli.
Yang, 24, memandu kenderaan tanpa lesen, tanpa tali pinggang keledar, apabila dia dikesan dekat pusat pemeriksaan polis di Linhai, China.

Berita: Gambar Sekitar Banjir Di Thailand

Gambar Banjir Thailand 2011

Berita: Dapat RM 704.83 Sehari Kumpul Najis Musang

SEORANG petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Berita: Kayuh 100km Sehari Jaja Sarang Burung


KEUNIKAN sarang burung tempua atau cak raya bagi orang utara, mendorong seorang warga emas mengayuh basikal sehingga 100 km bagi mencari dan menjaja sarang burung yang dijadikan hiasan premis bagi penggemarnya.

Mad Desa Ahmad, 67, yang juga pesara Jabatan Bekalan Air dari Seberang Perai, Pulau Pinang berkata aktiviti itu dilakukannya sejak 15 tahun lalu.

Berita: 600,000 Akaun FB Cuba Digodam Setiap Hari

PENGGODAM komputer cuba untuk menceroboh sekurang-kurangnya 600,000 akaun-akaun Facebook menggunakan maklumat id pengguna dan kata laluan setiap hari menurut pendedahan gergasi rangkaian laman sosial itu.

Penjenayah dalam talian cuba memecah masuk akaun-akaun pengguna agar mereka boleh mencuri maklumat pemilik akaun, menyebarkan penipuan ataupun menghantar tawaran-tawaran palsu termasuk pesanan-pesanan kepada rakan pemilik asal akaun.

Sukan: Sharbinee Allawee Mohon Maaf


KUALA TERENGGANU 30 Okt. – Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

Kelakar Apo: Eh Mana Sudu Sayer??


Tuan Kedai: Encik nak makan dan minum apa?
Azhar: Ermm.... laksa satu tapi jangan letak bawang, cabai, timun dan benda yang saya tak makan. Air bagi air limau campur lemon.
Tuan Kedai: Ok.

Lifestyle: Masa Saya Berumur 5 Tahun...


Real Ninja Turtle


Bakar Bendera Terengganu Lelaki Dibelasah DiStadium

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Teknologi: Payung Tanpa Kanopi, Hanya Guna Udara


Assalamualaikum dan selamt petang semua.

Heh, naper hidung beringus muka merah2.?. Hah, skang musim tengkujuh sudah pun bermula. Ambil berat kat kesihatanyer. Jangan sampai jatuh sakit. 

Musim hujan sinonim dan sebati dengan erti kebasahan. Semuanya nampak segar dan sejuk. X der lagi panas2. Ada orang bila panas...dok melalak "heh, panas giler, kalo ujan best gak ni". Begitulah  more or less sound efeknyer. Hah skang dah musim hujan, nanti ader ler manusia yang biadap tak reti bersyukur potpet "heh hujan lagi, bila la nak panas nie". Bersyukurlah

Saturday 29 October 2011

Kelakar Apo: Ibu, Anak,Kahwin Dan Tagline Iklan Iklan

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak…….Maka sedih bercampur gembira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan

Apo Dah Jadi:WTF- Bos Taurus Per**sa Tuannya

Godek sana godek sini.Hu3 cam biasalah mencari citer citer yang boleh diratah bersama. Ngup ngap..citer best.

Sebelum tu saper kat sini yang membela binatang yang  bernama saintifiknya Bos Taurus aTaupun dikenali sebagai lembu??. Aku nak nasihatkan sedikit la,sentiasa melakukan pemeriksaan rutin sebelum masuk kandang agar tidak ader sebarang aura2 bahaya disitu. Naper? .Apa kejadahnya suruh wat cam tu.  Slama ni okey jer masuk kandang binatang ni. Bukannya masuk kandang harimau.

Seram: Riuh Di Jepun Hantu Tertangkap Kamera

AWAS!!!JANGAN TONTON KALO ANDA SEORANG YANG MUDAH NGERI DAN TRAUMA MENGANDUNG DAN SEUMPAMA DENGANNYA


Sekumpulan anak muda jepun sedang menyelenggarakan acara di sebuah restoran. cara yang berlangsung ramai itu tiba – tiba berubah menjadi menyeramkan karena lima orang pemuda menyaksikan pemandangan yang belum pernah mereka lihat sebelum nya.
 

Wow: Labah Labah Gergasi Dunia Daripada Belon Lipat

Adam Lee telah berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi "Balloon Sculpture Terbesar"  labah-labah gergasi bertemakan Halloween-! Menggunakan hampir 3,000 belon, Lee menciptakan ini dengan kelebaran 45 kaki 2 inci. Labah-labah itu dibuat keseluruhannya daripada belon dan tidak mempunyai sokongan atau gam. Ia kini dipamerkan di Lobby Lodge Great Wolf di Grand Mound, Washington dan akan berada di sana sehingga akhir bulan ini.

Chekidout

Apo Dah Jadi: Naikkan Berat Untuk Merasa Perasaan Jadi Gemuk

Seorang personal trainer,Manning telah menternak lemak dengan sengaja, dengan harapan bahawa dia boleh kehilangan semua berat badan dalam tempoh enam bulan akan datang untuk membantu memberi inspirasi kepada orang lain untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. OMG

Apo Dah Jadi

"Saya mahu memberi orang harapan dan saya mahu memberi inspirasi kepada mereka dan untuk menunjukkan kepada mereka bahawa ia benar-benar boleh kembali ke bentuk asal," kata Manning.

Kelakar Apo: WTF -Iphone 4S Mencarut F**K???

Keluaran terbaru syarikat Apple, Iphone 4S sangat pintar kerana dikatakan mampu berkomunikasi dengan penggunanya. K...berhenti.

Friday 28 October 2011

Teknologi: Mesin Terbang Bentuk bumi Pertama Ciptaan Jepun

Kementerian Pertahanan Jepun telah berjaya mencipta mesin terbang bulat berbentuk bumi yang pertama dan mempamerkan kepada umum di Tokyo beberapa hari yang lalu.

Mesin ini boleh berada  di udara dan boleh terbang secara menegak atau mengufuk pada kelajuan 60km/j. Wow... hebat dan menakutkan. Jepun sentiasa mencipta teknologi yang mengkagumkan.

Chekidout

Selebriti Dalam Sut Bersaiz Bear

Jarang dapat lihat artis dalam keadaan bersaiz besar. Dari Tom Cruise, Tyra Banks dan lain2 memakai sut yg besar untuk menjayakan watak masing masing... yo chekidout


‘Real Housewives of New Jersey’ star Melissa Gorga

Kelakar Apo: Muka2 Monyet Yang Seksi Auwww

 fuh...seksinya bibir i cam pelakon hollywood tue...angeluna jeli

Teknologi: Bekas Dr.Gigi Cipta Model Kapal Terbang Mini

Young C Park, doktor gigi yang telah bersara dari Honolulu, Hawaii, membelanjakan beribu-ribu jam dengan cermat dan teliti nntuk menghasilkan model kapal terbang mini yang berfungsi sepenuhnya.

Tiap-tiap bahagian kecil pesawat Encik Park direplika. Beliau menghabiskan setiap jam untuk memanipulasikan aluminium ke dalam rantaian kabel, dan engsel untuk ciptaan beliau dan tidak meninggalkan stesen kerja sehingga setiap bahagian mencapai standard yang dia inginkan. Ia mungkin kelihatan melampau sedikit apabila kita bercakap tentang model, tetapi doktor pergigian bersara yang berusia 77 tahun adalah sangat ghairah mengenai pesawat itu dan sentiasa untuk melaksanakan replikanya dengan sempurna. Model berskala  1 / 16 dari saiz sebenar.

Ayuh chekidout...

Lifestyle: Sepintas Lalu Di Pasar Cari Jodoh Shanghai

Anda rasa kesepian?. Setiap malam menantikan ader sesaper yang mesej or at least just a missed call is enough?. Atau menantikan jodoh dan nak kahwin?

Jom kita ke PASAR MENCARI JODOH KAT SHANGHAI

Religious Talk: Tanda Tanda Kecil Kiamat Sudah Lengkap


Wow: Salotape Berengsel Pintu!!! Wow Wow

Kebanyakan daripada kita mesti pernah melihat salotape. kan?. Kih ader macam mcam tape ni: masking tape, electrical tape, double sided tape, duct tape, dan pelbagai lagi.Kalo anda mahu menambahkan pengetahuan anda lebih lagi...sila baca sini mengenai jenis jenis tape Baca

Tapi yang ini saya pasti ramai yang belum terngok malah  ader yang belum menddaratkan mata ke atas tape jenis ini. Namanya X- tape dan ianya sangat unik and kreatif. Jom sesaama usha tape yang memang x dak kat negara Malaysia. Only in Korea Selatan

Musim Tengkujuh: Baju Unik Yang Berpayung

Ianya rekaan Athanasia Leivaditou dari NL Design. Baju berpayung nie sangat sesuai untuk mereka yang suka jalan kaki waktu hujan. Payung+baju hujan=PAY-U-HAN.he3..Ayoh kita menyelidiki camner bentuk nya baju berpayung nie..Sebelum tue...ader ssaper nak tempah?

Thursday 27 October 2011

Religious Talk: "Orang Tutup Aurat Masuk Syurga Ker?"cetus pompuan nih

Perempuan A: Orang tutup aurat konpem masuk syurga ker?

Perempuan beriman jawab: Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka

Perempuan A: mmm...tudung labuh pun mcm baik sangat. Buatt dosa jugak. ngumpat org sana sini...

Perempuan beriman menjawab: Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu

Perempuan A : Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku..ntah2 kau dulu lagi jahat

Apo Dah Jadi: Desas Desus Isu Penghapusan Bin dan Binti

Sebuah pertubuhan Islam telah mendedahkan desas desus mengenai isu penghapusan BIN dan BINTI  seperti mana yang tertera pada Mykad@IC.

Presiden Ikatan Muslimin (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata terdapat pihak yang berani untuk mendesak kerajaan untuk menghapuskan keperluan penggunaan Bin dan Binti, bangsa dan agama semasa orang ramai memohon kad pengenalan sebagai identiti rakyat Malaysia dan juga sijil kelahiran bagi anak anak masing masing.


Beliau mendedahkan bahawa terdapatnya rancangan, teliti dan dirancang dengan halus berterusan daripada pihak yang ingin menghapuskan identiti bangsa, status agama,dan gelaran penggunaan Binti dan Bin di Mykad.

Entertainment : JB Sewa Pawagam Untuk Kekasih

Penyanyi remaja Justin Bieber punya cara lain untuk memanjakan kekasih, Selena Gomez. Baru-baru ini, Justin menyewa sebuah pawagam di Kanada untuk menonton bersama Selena.

Bagi menjadikan suasana bersama Selena boleh lebih intim, Justin mengosongkan satu studio di SilverCity Polo Park, Winnipeg, Kanada baru-baru ini. Di pawagam itu, mereka pun menyaksikan filem terbaru Hugh Jackman, 'Real Steel'.

Tak hanya itu, Justin juga menempah pizza untuk dinikmati berdua. Pizza merupakan makanan kegemaran Justin dan Selena.

Kelakar Apo: Bila Sesame Street Digabung Dengan Street Fighter


Masih ingat dengar citer Sesame Street?. Cerita itu sungguh kelakar dan menghiburkan. Dan pernah tengok Street fighter?. Okey skang aper akan jadi kalo SESAME STREET digabungkan dengan STREET FIGHTER?. Jom Layan...

Berita: Gempar!! Video Wawancara Dengan 'Penembak Muamar Gaddafi'

Sanad Sadegh al-Aribi, pemuda yang menembak mati pemimpin Libya, Muammar Qaddafi, kepada Fars News memaparkan bagaimana ia memutuskan untuk membunuh Gaddafi.

 Berikut ini perincian wawancara Fars News dengan al-Aribi:


Gaddafi Memalukan Bangsa Libya

Fars: Perkenalkan diri Anda.

Sukan: Ketepikan Isu Tiket, Sokong Pasukan Masing2 - Presiden FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.

Sebaliknya, baginda menyeru mereka datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam esok bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing yang berentap memburu Piala Malaysia musim ini.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.
(cuba renung ayat nie)

"Kasihan juga pasukan negeri- negeri telah belanja berjuta-juta untuk memperbaiki pasukan masing- masing.

Berita: Kod Rahsia 300 Tahun Dirungkai Saintis Jerman

MEJ yang disediakan oleh University of Southern California menunjukkan salinan kitab Copiale Cipher yang kodnya telah berjaya dipecahkan. 
 
LOS ANGELES - Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Sweden telah berjaya merungkai kod rahsia kitab Copiale Cipher yang berusia 300 tahun dari Jerman menerusi bantuan satu program komputer baharu.

Berikutan kejayaan tersebut, program komputer itu dijangka mampu membantu mentafsir manuskrip-manuskrip rahsia yang lain.

"Ia membuka pintu kepada mereka yang mengkaji sejarah idea dan masyarakat-masyarakat rahsia," kata saintis komputer dari University of Southern California (USC), Kevin Knight.

Apo Dah Jadi: Amil Larikan Wang Zakat RM 18K

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...