APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday, 27 October 2011

Apo Dah Jadi: Menjadi Tua Pada Umur 26 Tahun

Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.

Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.

Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.

Kulit muka, dada dan perutnya kendur.

Teknologi: Samsung Lancar Galaxy Nexus

KOREA SELATAN – Syarikat pengeluar teknologi komunikasi antarabangsa, Samsung Electonics, akhirnya melancarkan telefon pintar Galaxy Nexus yang sebelum ini terpaksa ditunda untuk menghormati kematian pengasas Apple.Inc, Steve Jobs,pada 5 Oktober lalu.

Telefon pintar keluaran Samsung Electronics itu menggunakan sistem operasi terbaru android, ‘Ice Cream Sandwich’ dan dijangka berpotensi untuk menarik minat pencipta-pencipta aplikasi dan penggemar telefon pintar.

Berita: Rumah Paling Mahal Dunia Tidak Didiami

MUMBAI – Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala.

Bangunan 27 tingkat itu – dinamakan Antilia – adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.

Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu.

Apo Dah Jadi: Video Luahan Hati Anak Tentang "Ibu dan Facebook"

Fenomena  laman jaringan sosial bernama FAcebook ini memang dahsyat. DAri kecil sampai ke umur emas, sibuk menatap layar komputer untuk online, chatting update post yang baru. Kelakuan ini juga telah menjangkiti hampir segenap tingkat kehidupan masyarakat termasuk para ibu. hu3
Ikuti sebuah luahan seorang anak Serafina Ophelia Simanjuntak mengenai "IBU DAN FACEBOOK"



Jawatan Kosong Sebagai... Makmum Di Masjid

Sungguh menusuk hati dan minda. Eh kenaper nie senyum2??. Sudah pastinya kerana kekreatifan pemunya iklan ini yang memanggil 'penganggur2' masjid untuk ke rumah Allah S.W.T. Banner ini dibuat sempena bulan JOM IBADAH dan dibentangkan diperkarangan masjid. Malu dan segan???. Segan dan malu itu adalah normal kerana kita merupakan spesis2 yang memang dianugerahkan perasaan tersebut.

Lagipun pendapatannya sangat lumayan:27 kali ganda 5 kali sehari.

Kelayakan untuk jawatan tersebut anda x payah beli kat maner2, semua nya ader kat diri anda...dan yang paling best tarikh tutupnya :SEBELUM MATI@TIBA HARI KIAMAT..

JOM LA RAMAI2 KITA GI MEMOHON JAWATAN NI PENULIS PUN SKALI. MARI KITA SEDIAKAN DIRI UNTUK KE ARAH LEBH BAIK DARI SEMALAM.
INSYAALLAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...