Ketika diselamatkan dari sebuah rumah di wilayah Baghlan minggu lalu, Sahar Gul, 15, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Media semalam melaporkan, Sahar bernasib baik kerana jiran terdengar dia menangis dan mengerang kesakitan di rumah berkenaan.
Menurut polis, keluarga ipar Sahar mencabut kuku dan rambut mangsa, selain menguncinya dalam tandas gelap bilik bawah tanah selama lima bulan.
Sepanjang tempoh itu, kata polis, Sahar hanya diberikan sedikit makanan dan minuman.
Untuk menambah seksaan, Sahar juga dicucuh dengan puntung rokok serta mengepit dagingnya dengan playar.
Walaupun terlalu lemah, Sahar mampu menceritakan pengalamannya kepada media.
Kata Sahar, antara yang paling kuat mendera ialah ibu mentuanya.
Pemeriksaan kesihatan menunjukkan, mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental, serta memerlukan beberapa minggu untuk pulih.
Pegawai kerajaan di Baghlan, Rahima Zafiri, berkata Sahar berasal dari wilayah Badakhshan dan baru kahwin tujuh bulan lalu.
“Dia dipaksa keluarga suaminya menjadi pelacur untuk mendapat wang,” katanya.
Walaupun dirawat di hospital di Kabul, Sahar mungkin terpaksa dipindahkan ke India untuk rawatan lanjut.
Menteri Kesihatan, Suraya Dalil, berkata Sahar adalah satu daripada kes paling serius berlaku terhadap wanita Afghanistan.
Sementara itu, polis Baghlan berkata, ibu mentua dan ipar Sahar berjaya ditahan, manakala suami dan bapa mentuanya sempat melarikan diri. – DM
~mak mertua sepatutnya boleh menjadi tempat untuk bermanja dan mendapatkan nasihat dalam rumah tangga dan mungkin boleh menjadi teman kepada anak menantunya~
No comments:
Post a Comment