APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Tuesday, 10 January 2012

Rita Rudaini Tuduh Zaquan Adha Mengandungkan Anak Dara Orang

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan adik kembar suaminya, Zaquan Adha, yang dikatakan tidak pernah mempunyai hubungan baik di antara mereka dilaporkan bergaduh besar menerusi laman sosial Twitter milik mereka hari ini.

Bermula dengan isu ‘ibu mertua suka atau atau tidak’ kepada Rita, pergaduhan antara ipar tersebut melarat kepada persoalan Rita yang bertanyakan tentang Zaquan yang dikatakan menyebabkan seorang gadis dikenali sebagai ‘M’ mengandung dan dipaksa gugurkan kandungan.

Difahamkan, Rita Rudaini pada mulanya menjawab soalan salah seorang rakan Twitternya tentang hubungan antara aktres tersebut dengan ibu mertuanya dan memberitahu bahawa dia tidak kisah sama ada ibu mertuanya sayang atau tidak padanya.

“xkisah pon mak mertua syg ke x dik..” kata Rita ketika angin masih tenang.

Mungkin tersinggung dengan kenyataan Rita berkaitan ibunya itu,  Zaquan tiba-tiba mencelah masuk dan membalas kenyataan itu dengan menyatakan bahawa kakak iparnya itu tidak pernah pulang ke rumah mertuanya itu.



“Mmg la xkisah mak mertua x sayang,sbb rumah mak mertua pun x pernah balik..jgn cari pasal la..makin lama makin melampau!!!!” balas Zafuan.

Angin yang tenang kemudiannya bertukar menjadi ribut apabila Rita yang membalas kenyataan tersebut menjelaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah mertuanya kerana tidak suka untuk bertembung dengan Zaquan yang disifatkan sebagai ‘batu api’ yang mengeruhkan hubungannya dengan ibu mertuanya itu.

“Nk tau sgt kenape xbalik?? Sbb meluat tgk muka ko yg batu api besar.ko yg bzbody lebih, batu api,” kata Rita yang dipetik dari laman twitternya.

Enggan mengalah, Zaquan kembali ke posisi menyerang kakak iparnya apabila mendakwa tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan abangnya, Aidil Zafuan, dari Rita yang disifatkan sebagai ‘manusia kejam’.

“Klu aku jd batu api skali pun,aku nak selamatkan abg aku sendiri dari manusia yg kejam mcm kau!!” kata Zaquan lagi.

‘Puting beliung’ yang berlaku antara kedua iparnya terus berlangsung dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Rita melakukan serangan balas dengan mendakwa Zaquan lebih kejam kerana dikatakan pernah menyebabkan seorang gadis hamil dan meminta agar kandungan itu digugurkan.

“Aku kejam..ke ko yg kejam pregnantkn budak M pastu suh gugurkan?? Adoiii jgn cari pasal la bro.aku sabar dgn poyo ko ni.

“Sorry beb,aku da lama sabar dgn perangai setan ko yg brselindung dpn makbpk ko konon ko lebih baik dr abg ko,” kata Rita tidak dapat menahan sabarnya lagi.
Kenyataan Rita mengenai persoalan gadis ‘M’ tersebut turut disokong oleh salah seorang rakan Twitter Rita, diannerazak0608, yang mendakwa rakannya turut pernah menjadi ‘mangsa’ Zaquan.

“Wow rita, very the open, tp mmg betulla apa u ckp, c dia pon ada wat hal dgn member kita:),” kata rakan Twitter Rita itu.

Kenyataan diannerazak0608 itu memanaskan lagi keadaan apabila Rita dilihat semakin bersemangat untuk memalukan dan menghentam Zaquan.

“Jantan mcm tu xble di biarkan..dia nk sgt kan malukn sy,meh kita start the game!,” balas Rita yang mahu meneruskan pergaduhan lebih besar terhadap Zaquan.

Umum mengetahui yang Rita dan Zaquan mempunyai hubungan yang kurang baik sejak aktres tersebut menjalin hubungan cinta dengan kembar Zaquan, Aidil Zafuan tidak lama dahulu.

Pasangan itu turut mencetus kontroversi apabila berkahwin secara diam-diam di Songkhla, Thailand, pada Februari 2008 dan merahsiakan perkahwinan tersebut dari pengetahuan ibubapa serta keluarga sehingga rahsia tersebut dibongkar media kemudiaannya.

Nampaknya, hubungan kekeluargaan yang dulunya renggang mungkin akan terus berlanjutan setelah masing-masing masih lagi menyimpan perasaan tidak puas hati dan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mencetuskan pergaduhan.

p/s selesaikan dengan cara baik berbincang dan bukannya dengan bermain 'permainan' bertaraf rendah seperti ini

1 comment:

  1. astaghfirullahal'azim....kenapa la mereka nie..selalu jadikan laman sosial utk meluahkan apa2 yg tak patut...nie dah m'aibkan diri sendiri dan juga keluarga...
    kan bagus selesaikan dengan cara kekeluargaan..tu la pentingnya ilmu agama dalam menyelesaikan masalah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...