Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.
Dalam artikel kali ini Amir ingin berkongsi 20 fakta menarik berkenaan basikal fixie ini:
- Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
- Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek
- Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
- Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
- Basikal fixie tidak mempunyai gear.
- Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.\
- Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
- Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.\
- Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
- Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.
bl
No comments:
Post a Comment