APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

SUKAN:Lin Dan Tumpas Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia:Chong Wei Mara

IMPIAN untuk menyaksikan bintang sensasi China, Lin Dan untuk membuat perhitungan dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei pada final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 tidak kesampaian.

Ini kerana, jaguh dari ‘Negara Tembok Besar’ itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua apabila tewas di tangan pemain perseorangan Denmark, Jan O Jorgensen 21-14, 15-21, 15-21 pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Bagaimanapun, kekalahan Lin Dan itu dikatakan telah diatur lebih awal kerana dia mahu memberi peluang kepada rakan senegaranya, Chen Jin dan Chen Long mara ke final, sekali gus merangkul kejuaraan.

Malah, ia juga dapat membantu menaikkan ranking kedua-dua rakan senegaranya itu seandainya berjaya mara ke final.

Ini bukan kali pertama, China mengatur konspirasi sebegitu rupa, malah ia sering kali terjadi dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Wednesday, 4 January 2012

Khairul Fahmi Che Mat Sudah Sedia Kahwin 2012


Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini.

Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.


“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.

Tuesday, 29 November 2011

SUKAN: Nazmi Faiz Mengalami Penyakit Misteri Semasa Perlawanan Menentang Bahrain

KUALA LUMPUR – Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna.

Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.

Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.

Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.

Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama.

Monday, 28 November 2011

SUKAN: Pengulas Sukan Terbaik Malaysia Miliki...Ha3

Kadang2 tengok bola kalo pengulas best, lagi up kan. Kih Kat Malaysia saper tak kenal Dato' Hasbullah Awang. Suaranya sentisa mengiringi kalo tengok bola terutama liga malaysia.

Sunday, 27 November 2011

SUKAN: Kelayakan Olimpik Malaysia vs Bahrain 2-3


Sebaik sahaja wisel pembuka dibunyikan, perlawanan menyaksikan pasukan Bahrain yang menyerang dan hampir memperoleh gol yang pertama. Fuh berdebor debor. Pasti giliran pasukan Malaysia lak yang try, Nazmi Faiz mencuba rembatan gol tapi diselamatkan penjaga gol.

Kami tengok sambutan rakyat Malaysia yang datang menyokong ke stadium sangat ramai. Fuh semangat tuh. Jangan semangat untuk arini jek ek. Hangat2 t*ik ayam. Perlawanan yang diadakan di tempat sendiri memberi sedikit keyakinan untuk membawa kejayaan.

Friday, 25 November 2011

SUKAN: Malaysia vs Bahrain Give All Your Support To Our National Football Team Ahad Ini


“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Itu keyakinan yang dilontarkan oleh jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Kim Swee memberitahu bahawa perlawanan ‘hidup mati’ menentang Bahrain itu amat penting buat Malaysia dan tiga mata perlu diperoleh bagi menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat kedua peringkat Kumpulan C.

Wednesday, 23 November 2011

SUKAN: Emas Silat Olahraga Indonesia Memalukan Main Sembunyi Blakang Pengadil Boleh Menang

Kali ini Indonsia menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea 2011, walaupun mengutip banyak pingat emas, akan tetapi ramai yang tidak mengiktiraf kebanyakan pingat tersebut. Ada khabar angin menyatakan pingat tersebut diperoleh melalui permainan yang sangat hebat. Ayoh saksikan perlawanan 'emas' itu.
perserta indon nie gigit bahu mamt thailand, menjerit abis la mamat tu

SUKAN: Ong Kim Swee Bidas Wartawan Tanya Soklan B*d*h

TAHNIAH skuad bola sepak negara bawah 23 kerana berjaya membawa pulang mother of gold medal pada Sukan Sea 2011 seklaigus melenyapkan keegoan pasukan bola sepak Indonesia.

Sejurus tiba di lapangan terbang, mereka disambut bagaikan wira dan seperti selebriti. Ramai wartawan yang datang untuk interbiu diorang termasuk jurulatih, Ong Kim Swee. Tetapi ader sorang wartawan pompuan yang pege tanya soklan2 yang dikatakan 'emas' itu telah mendapat jawpan yang sangat 'berlian' beliau. Ha ambik ko, OKS memang bernas dan pedas jawapannya...ayoh saksikan


Thursday, 17 November 2011

SUKAN SEA 2011: Video Malaysia vs Indonesia 1-0

Malaysia 1 – 0 Indonesia

Begitu lah keputusan rasmi perlawanan bola sepak Sukan SEA XXVI yang berlangsung pada 17 November 2011.Perlawanan yang agak menarik yang dipamerkan oleh pemain-pemain kebangsaaan.

Dalam perlawanan ini,dapat kita lihat pemain bermain dengan lebih matang.Kawalan bola yang baik dan pertahanan yang jitu yang berjaya membuat kita beroleh kemenangan walaupun berdepan dengan ribuan penyokong fanatik tuan rumah.

Monday, 31 October 2011

Sukan: Irfan Bakti Umum Tinggalkan Terengganu

Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.Di bawah kendalian Irfan Bakti selama dua musim.

Sunday, 30 October 2011

Sukan: Sharbinee Allawee Mohon Maaf


KUALA TERENGGANU 30 Okt. – Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

Thursday, 27 October 2011

Sukan: Ketepikan Isu Tiket, Sokong Pasukan Masing2 - Presiden FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.

Sebaliknya, baginda menyeru mereka datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam esok bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing yang berentap memburu Piala Malaysia musim ini.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.
(cuba renung ayat nie)

"Kasihan juga pasukan negeri- negeri telah belanja berjuta-juta untuk memperbaiki pasukan masing- masing.

Wednesday, 26 October 2011

Sukan : Harga Tiket Kekal RM50 -FAM

HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) menjelaskan bahawa pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket tersebut.

Tuesday, 25 October 2011

Sukan: Menteri TERKEJUT Tiket Final Piala Malaysia RM50

PUTRAJAYA 25 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terkejut dengan peningkatan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak hampir 70 peratus mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula keputusan itu.

Beliau yang kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut turut mengingatkan FAM bahawa peminat perlu diutamakan di mana kehadiran peminat yang ramai akan memudahkan pihak penganjur sukan mendapat tajaan.

Video Hitler Mengamuk: Harga Tiket Final Piala Malaysia RM 50!!!

Assalamualaikum dan selamat malam

Selepas selesai perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang penuh dramatik, riang, gembira, tak kurang juga yang memaki depan tv sambil mengucah kuaci, kita sedia maklum pasukan yang melangkah kan berpuluh puluh kaki(pengurus, pemain dan yang terlibat) dan beribu ribu kaki (pminat dan pmbeli tiket, pengampu kalo ader) ke perlawanan final di Stadium Shah Alam.

Alo lolo...comelnyer(sekadar hiasan)
Begitulah panjangnya muqaddimah entri nie.

Rusa , Penyu Bakal Gegarkan Shah Alam


BARISAN pemain Terengganu sudah memulakan persiapan menjelang final Piala Malaysia, Sabtu ini

SEMUA sudah mengetahui betapa Stadium Shah Alam bakal menerima ‘tetamu istimewa’ yang diundang ke pentas final kempen Piala Malaysia edisi ke-90, iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu pada Sabtu ini.

‘Rombongan merisik’ juga telah dihantar kedua-dua pasukan sebelum ini sebaik mengecewakan Selangor dan T- Team di peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

Monday, 24 October 2011

City 'Tembak' United 6-1

BALOTELLI meledak dua gol bagi membantu City membenamkan United 6-1 di Old Trafford.

MANCHESTER - Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.

Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.

Sunday, 23 October 2011

SUKAN: PIALA MALAYSIA TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN



TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Friday, 21 October 2011

Sukan: Piala Malaysia Final...Terengganu atau Selangor


Hadi tekad tamat kemarau jaringan, Safiq azam bangkit

PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya dan perancang Selangor, Safiq Rahim pernah mewakili pasukan sama dan membesar bersama mengukir nama dalam bola sepak. Tapi, malam ini sifat kawan akan diketepikan ketika digamit misi besar untuk kedua-dua pemain tonggak berkenaan - membantu pasukan masing-masing layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.
“Ya...kami berdua berasal dari Selangor, tapi saya perlu bersikap profesional. Di luar padang kami masih sahabat, tapi dalam padang kami tetap musuh,” tegas Hadi yang akan bergandingan dengan Abdul Manaf Mamat memastikan kemenangan memihak mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam ini.

Thursday, 20 October 2011

Sukan: Kim Swee Dalam Dilema

KIM SWEE (kanan) tidak risau dengan keputusan undian pada Sukan SEA 2011 tetapi yang menjadi kebimbangannya ialah tipu helah pasukan tuan rumah.
 
ADA sesuatu yang lebih merunsingkan fikiran pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee menjelang sepak mula temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan depan.

Berbanding tekanan mengharungi ‘Kumpulan Neraka’ bersama jaguh Asia Tenggara seperti Thailand dan Singapura, Kim Swee sebenarnya lebih berwaspada dengan helah tuan rumah, Indonesia sama ada di dalam mahupun di luar padang pada temasya itu nanti.

Apa tidaknya, kerenah gelombang peminat fanatik Garuda yang tidak sudah-sudah membangkitkan isu laser ternyata dibuktikan semasa final Piala AFF Suzuki tahun lalu, padahal mereka terlebih dahulu melakukan tindakan yang sama ketika saingan di peringkat kumpulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...