APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 27 October 2011

Apo Dah Jadi: Desas Desus Isu Penghapusan Bin dan Binti

Sebuah pertubuhan Islam telah mendedahkan desas desus mengenai isu penghapusan BIN dan BINTI  seperti mana yang tertera pada Mykad@IC.

Presiden Ikatan Muslimin (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata terdapat pihak yang berani untuk mendesak kerajaan untuk menghapuskan keperluan penggunaan Bin dan Binti, bangsa dan agama semasa orang ramai memohon kad pengenalan sebagai identiti rakyat Malaysia dan juga sijil kelahiran bagi anak anak masing masing.


Beliau mendedahkan bahawa terdapatnya rancangan, teliti dan dirancang dengan halus berterusan daripada pihak yang ingin menghapuskan identiti bangsa, status agama,dan gelaran penggunaan Binti dan Bin di Mykad.


Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat. Kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini.

Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama. Penghapusan Bin dan Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan.


Apo Dah Jadi tak pasti apa yang bukti yang menyebabkan Presiden ISMA tiba-tiba sahaja mengeluarkan isu ini. Samada betul atau tidak, hanya beliau sahaja yang tahu.

Apo kata anda semua. Sekurang kurangnya boleh kongsi dan bagi pandangan mengenai isu ini


sumber:BS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...