APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Friday 30 November 2012

Palestin Merdeka, Diiktiraf Negara Disambut Meriah Rakyat Selepas 65 Tahun Berjuang






Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin tetapi kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat. 




Voting For Palestine State Results

    138 Countries With
    9 Countries against (Israel, the United States and Canada, joined by the Czech Republic, Panama and several Pacific island nations: Marshall Islands, Micronesia, Nauru and Palau)
    41 Countries abstained


Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.


Ikuti ucapan  PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas di PBB sebentar tadi yang menerima tepukan gemuruh para perwakilan:



Palestin Merdeka, Diiktiraf Negara Selepas 65 Tahun Berjuang

Alhamdulillah semoga berkekalan dan bukannya untuk menyedapkan hati umat Islam jek

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...