APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 29 November 2012

PROJEK!!!Amerika Rancang Serang Mekah, Madinah??






VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa SEOrang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.

Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.

Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.
Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.

Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada SEOrang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap SEOrang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait.

Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.

“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi

ingat lagi kejadian Tentera Bergajah Abrahah.. Ha  AMBIK KO

sg

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...