APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Friday 3 February 2012

APODAHJADI: Suami Cemburu Rempuh Kereta Isteri 40 Kali Dengan Lori























Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.

Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.

Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.

Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan.

Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia ada mendengar bunyi orang bergaduh di dalam rumah itu sebelum lelaki tersebut keluar dalam keadaan marah-marah.

“Dia terus masuk dalam lori seberat dua tan itu lalu melanggarnya berulang kali. Saya rasa dia bertindak demikian kira-kira 40 kali hingga kereta itu seperti terlibat dalam kemalangan teruk.

“Bukan itu sahaja, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan pintu pagar rumah saya dan rumah seorang lagi jiran rosak akibat dilanggar lori yang dipandunya,” ceritanya ketika ditemui.

APODAHJADI: Suami Cemburu Rempuh Kereta Isteri 40 Kali Dengan Lori

kosmo 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...