Thursday, 26 April 2012
PTPTN: Tarik Balik Bantuan Pelajar Tidak Berprestasi
Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus menarik perhatian persidangan Dewan Negara apabila seorang Senator hari ini mencadangkan supaya PTPTN melihat kemungkinan untuk menarik balik pinjaman kewangan kepada pelajar yang gagal mencapai keputusan memuaskan dalam pengajian mereka.
Senator Chiew Lian Keng berkata ini bagi memastikan supaya pelajar yang mendapatkan bantuan PTPTN sentiasa memberi perhatian dalam pelajaran mereka dan seterusnya mengelakkan mereka daripada tercicir dalam pengajian.
“Saya merasakan baik kita tarik balik ataupun menghentikan sahaja pinjaman PTPTN kepada pelajar yang gagal mencapai keputusan baik dalam peperiksaan di universiti,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Negara.
Katanya pada masa yang sama, sebagai penggalak untuk pelajar, pinjaman PTPTN mereka yang mendapat keputusan cemerlang perlu ditukar sebagai biasiswa.
– BERNAMA
ri
Labels:
ApoDahJadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment