APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Friday, 27 April 2012

WTF!!!:76 Mikroorganisma Misteri Serang ISS




MOSCOW – Saintis Rusia mengenal pasti kira-kira 76 jenis mikroorganisma angkasa lepas yang menyebabkan kerosakan teruk di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), menurut agensi berita Interfax.

Timbalan Presiden Akademi Sains Rusia, Anatoly Grigoryev berkata, masalah serangan mikrob itu pernah melanda Stesen Orbit Angkasa (MIR) dan kini ia mula menjejaskan sistem di ISS.

“Mikroflora ini didakwa mampu mengakis logam dan polimer, sekali gus mengakibatkan peralatan gagal untuk berfungsi. Jika pembiakan bakteria misteri tersebut tidak dikawal, ia juga boleh menjangkiti krew,” jelasnya.

Menurutnya lagi, mereka masih tidak dapat memastikan sama ada mutasi mikrob tersebut boleh menjadi sangat berbahaya kerana pada masa ini angkasawan yang berada di ISS hanya menggunakan cecair antibakteria sebagai alternatif utama.

Saintis Rusia merancang untuk menghantar lampu ultra ungu antibakteria untuk membendung masalah yang semakin membimbangkan itu.


Difahamkan, walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga telah diambil, kebanyakan mikroorganisma itu secara tidak sengaja telah dibawa masuk ke ISS menerusi kargo.


hm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...