APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Saturday 17 December 2011

APO DAH JADI: Warga Afrika Bina Hotel RM 400 Juta Hasil Penipuan di Malaysia

PENIPUAN yang dilakukan warga Afrika di negara ini bukan perkara baru malah ia semakin serius apabila sebanyak RM29 juta kerugian telah dicatat dari Januari sehingga Oktober tahun ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan wang penipuan itu dan modus operandi yang dilakukan warga dari benua tersebut, ikuti kupasan wartawan Mingguan Malaysia, ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED menerusi laporan khas yang disediakan.

Turut dikongsikan pengalaman anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ketika berhadapan dengan penjenayah rakyat Afrika yang lebih besar bentuk fizikal serta agresif.

Kaya raya dengan menipu rakyat Malaysia - inilah yang dilakukan oleh seorang warga Afrika apabila dia mampu membina sebuah banglo dan sebuah hotel bertaraf lima bintang bernilai RM400 juta di negaranya selepas melakukan penipuan di Malaysia.

Difahamkan, lelaki itu tiba hanya sehelai sepinggang di negara ini pada 2008 dan dalam tempoh enam bulan sahaja, dia bergelar jutawan dan kini menjadi idola golongan muda sebuah negara di Afrika kerana kejayaannya itu.

Kes melibatkan lelaki Awang Hitam itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan berdasarkan rekod, kegiatan penipuan warga Afrika itu semakin serius dan ia menjadi keutamaan setiap kali siasatan dijalankan pasukan itu.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...