APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Sunday 30 October 2011

Sukan: Sharbinee Allawee Mohon Maaf


KUALA TERENGGANU 30 Okt. – Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya penyokong dan peminat bola sepak negeri itu.Bekas penjaga gol kebangsaan ini mengakui kesilapan yang dilakukan kerana tidak menjaga rapi pintu gol telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan seterusnya menghampakan kesemua penyokong setia sang penyu.

"Saya memang kecewa kerana semasa perlawanan penting, terjadi insiden yang tidak diduga ini, perlawanan memang sengit, bola itu datang secara tiba-tiba dan saya gagal membuat keputusan yang tepat hingga memberikan gol mudah kepada pihak lawan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, hari ini.


Jelas pemain yang berusia 25 tahun itu, kerana kesilapan inilah mereka telah terlepas peluang untuk menjulang piala yang diidam-idamkan dan kekecewaan jelas tergambar di wajah bapa kepada seorang anak ini.Bagaimanapun kesilapan dan kekecewaan ini telah mengajar beliau dan rakan sepasukan dan ia memberi pengalaman yang cukup berguna dan menjadi titik permulaan untuk terus maju pada perlawanan akan datang. – Utusan

p/s: Sharbinee telah pun bermati matian menjawa gawang gol pasukan Terengganu. Sampaikan demi mnyelamatkan gawag, Sharbinee cedera kerana menyelamatkan bola pada masa separuh pertama x silap saya. Hinggakan mahu ditukar penjaga golnyer. Tapi semangat yang ditunjukkan anak kelahiran Mrang , Terengganu ini, dia melupakan kesakitan dan teruskan permainan. Syabas Sharbinee.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...