MELAKUKAN tawaf (mengelilingi Kaabah) pada waktu malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk dan sebab itu lah orang di sekitar Mekah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.
Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Makkah ini biasanya keluar pada waktu petang agar dapat menunaikan solat Maghrib berjemaah sekaligus mengerjakan umrah.
Memang suhu di Makkah kebelakangan ini cukup panas sekitar antara 40-42 darjah celsius. Jika dibandingkan dengan suhu di Malaysia iaitu 23 – 32°C amatlah ketara sekali. Waktu paling panas adalah pada pukul 3 petang waktu setempat dan ia terus menurun sehingga lah waktu malam.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam, tawaf yang dilakukan tidak lah terlalu menghabiskan tenaga. Berbeza halnya jika tawaf dilakukan pada waktu siang. Keringat pastinya bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
Namun begitu, perkara yang paling unik di Masjidil Haram adalah kerana lantai marmarnya tidak panas sama sekali. Meski pun mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun tapak tidak akan terasa panas pun. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Keadaan ini berberza dengan lantai di laluan menuju keluar dari pintu Marwah. Semasa berjalan, tapak kaki berasa sangat panas seolah berjalan di atas bara api.
Persoalan timbul kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza sehingga 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (tukang cuci) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang alat pendingin hawa agar tapak kaki pengunjung tidak merasa kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah kebenaran terungkap. Pada permulaannya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti kini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Sehinggalah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Kawasan yang mengandungi jubin pada masa itu hanyalah bergaris lima meter dari Kaabah, sehinggalah pada 1375 Hijrah atau 1954 M semasa pemerintahan Raja Abdul Aziz, beliau telah menyumbangkan marmar di sekitarnya. Kini lantai marmar di kawasan tawaf dihasilkan daripada marmar terbaik dan bermutu tinggi yang mampu menahan kepanasan matahari.
Pada permulaannya, lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang di pintu masuk telaga Zamzam.
Pada zaman pemerintahan Raja Faisal, pengubahsuaian terus dilakukan bagi meneruskan apa yang telah di tinggalkan oleh Raja Saud, di antaranya adalah dengan merobohkan bangunan di atas Makam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih luas dari sebelumnya.
Pada pemerintahan raja Raja Khalid pula, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan berdekatan dengan serambi masjid sebelah timur. Sebab itulah kawasan tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter. Seluruh bahagian tapak lama Masjidil Haram telah menjadi lokasi tawaf yang baharu.
Kemudian, pengubahsuaian diteruskan lagi semasa pemerintahan Raja Fahd. Ruangan bawah tanah telah dibangunkan. Malah, tingkat bawah tanah tersebut juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah yang berasal dari tempat yang sama.
Jadi sebab itulah jika lantai yang digunakan untuk bertawaf tidak terasa panas meskipun suhu udara pada masa tersebut terlalu panas. Ini lah salah satu perkhidmatan daripada Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak saudara di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5 ini.
No comments:
Post a Comment