SEORANG pelajar lelaki berusia 13 tahun yang memakai skirt ke sekolah kerana membantah apa yang disifatkannya sebagai "diskriminasi uniform" menerima anugerah hak asasi berprestij.
Chris Whitehead, menjadi paparan utama tajuk-tajuk akhbar pada bulan Mei lalu apabila dia dilaporkan hadir ke sekolah dengan memakai skirt hitam milik adik perempuannya.
Dia dikatakan menentang pengharaman seluar pendek oleh Impington Village College di kalangan pelajar lelaki sedangkan pelajar wanita dibenarkan memakai skirt ketika cuaca panas.

Menurut murid tahun 9 itu, pemakaian seluar panjang pada saat cuaca panas akan menjejaskan tahap tumpuan serta kebolehan belajar di dalam kelas.
Kempen bantahan itu turut mendapat perhatian televisyen, menyaksikan pengacara lelaki terkenal rancangan ITV's Daybreak, Adrian Chiles menunjukkan sokongannya apabila ke udara dengan memakai skirt tumbuh-tumbuhan.

Remaja itu hari ini merangkul naib juara pertandingan tahunan hak asasi muda Liberty yang dianjurkan di Southbank Centre di London
Pada masa itu, Chris, yang juga merupakan salah seorang jawatankuasa wakil pelajar di sekolahnya berkata: "Saya tak sangka ia begitu berpengaruh, tapi saya sangat gembira. Ia kejutan yang baik apabila tercalon".
Dia membuat keputusan untuk mengambil kesempatan di atas "kelemahan bodoh" di dalam dasar pemakaian uniform di sekolahnya.
Dasar pemakaian itu juga bermaksud lelaki boleh memakai skirt kerana sekolah akan dianggap bersalah atas kesalahan diskriminasi jika menghalangnya.
Tambahnya lagi, "Memakai skirt lebih kurang sama seperti memakai seluar pendek yang ada ruang di tengah. Saya tak rasa bodoh langsung. Saya tak mudah untuk rasa malu".
"Saya akan terus memakai skirt sepanjang masa di sekolah sebagai tanda bantahan terhadap dasar pemakaian uniform dan akan mengadakan satu perhimpunan bersama majlis kepimpinan sekolah".
free

No comments:
Post a Comment