Jika ingin sehidup semati dengan seorang perempuan, kenali lah mereka dahulu. Tidak terlalu susah untuk mengenali wanita dan tidak juga terlalu senang. Tetapi di bawah ini adalah beberapa tips untuk mengenali hati seorang wanita yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan.
1. Wanita mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.
2. Wanita mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3. Wanita amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya, dan dia akan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4. Wanita suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta. Asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya, dia tetap dahagakan puji-pujian.
5. Wanita berhati sentimental kerana naluri dan perasaannya yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya.
6. Wanita cemburu. Ini kerana dia lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment