Saintis telah menemui cara untuk membuat origami (seni melipat kertas Jepun) tanpa perlu menggunakan tangan, malah mereka menghasilkan material melipat dengan sendirinya.
Profesor dari North Carolina State University, Michael Dickey dan pasukan kajiannya telah mencari cara untuk menukar sekeping plastik akan berlipat sendiri dengan menggunakan cahaya panas.
Beberapa Saintis tersebut menggunakan lembaran plastik yang akan menyusut jika disinari cahaya inframerah.
menurut newscientist.com, mereka menggunakan pencetak inkjet biasa untuk meletakkan dakwat hitam di sepanjang baris yang akan dilipat nanti.
mereka mendapati bahawa warna hitam menyerap lebih banyak tenaga daripada warna putih. Ini bererti bahawa garis yang mereka letakkan menyusut lebih banyak daripada bahagian plastik lain, dan kemudiannya terlipat sendiri ketika terkena cahaya panas.
Sekiranya kawasan dakwat hitam diperluaskan saiznya, sudut gandaan pun meningkat sehingga boleh digunakan untuk membina bentuk yang lebih berbeza.
No comments:
Post a Comment