APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Sunday 27 November 2011

SUKAN: Kelayakan Olimpik Malaysia vs Bahrain 2-3


Sebaik sahaja wisel pembuka dibunyikan, perlawanan menyaksikan pasukan Bahrain yang menyerang dan hampir memperoleh gol yang pertama. Fuh berdebor debor. Pasti giliran pasukan Malaysia lak yang try, Nazmi Faiz mencuba rembatan gol tapi diselamatkan penjaga gol.

Kami tengok sambutan rakyat Malaysia yang datang menyokong ke stadium sangat ramai. Fuh semangat tuh. Jangan semangat untuk arini jek ek. Hangat2 t*ik ayam. Perlawanan yang diadakan di tempat sendiri memberi sedikit keyakinan untuk membawa kejayaan.

Rembatan Nazmi Faiz yang dari kotak penalti dan bola itu melencong terus menewaskan penjaga gol pasukan Bahrain. GOLLLLLL...Menjerit kami disini..He3 kat kedai Kijing Tomyam jer. Walaupun begitu debaran dan kehangatannya masih berbisa.

Gol yang kedua dihasilkan oleh Mahali Jasuli, akibat kesilapan penjaga gol pasukan Bahrain. Akan tetapi Bahrain yang bermain yang bermain dengan 10 pemain telah menghasilkan 3 gol pada masa kedua dalam masa enam minit sahaja.Kehilangan Nazmi Faiz akibat kecederaan sedikit mempengaruhi rentak permainan pasukan Malaysia.


Erm, ingat dah boleh meraikan kemenangan. Namun begitu pasukan Malaysia telah pun bermain dengan baik.

p/s Tetap menyokong walaupun kalah kerana nak menyorak ketika menang. Itulah penyokong sejati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...