APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Sunday 27 November 2011

BERITA:Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

KOTA BHARU – Jumlah mangsa pemindahan banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,976 orang membabitkan 615 keluarga berbanding 1,603 orang malam tadi berikutan banjir belum surut walaupun kadar hujan berkurangan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, berkata setakat ini, tiga daerah yang masih dilanda banjir ialah Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat.

“Berlaku dua pertambahan pusat pemindahan di Pasir Mas daripada 10 kepada 12 buah, menjadikan pusat pemindahan yang dibuka keseluruhan di tiga daerah kini ialah 14 buah manakala di sebuah pusat masing-masing di Kota Baharu dan Tumpat,” katanya.
Beliau berkata, Sungai Golok di Rantau Panjang juga mencatatkan paras air tinggi iaitu 10.17 meter, yang melebihi paras bahaya 9 meter.

Selain itu, jurucakap berkenaan berkata, tujuh lalulintas ditutup kepada kenderaan ringan pagi ini membabitkan lima lalulintas di Pasir Mas dan dua lalulintas di Tumpat.

“Di Pasir Mas, laluan yang ditutup ialah di Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu Kilometer 10, Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 Kilometer 1 dan Jalan Pengkalan Rakit Kilometer 3.

“Dua laluan yang ditutup di Tumpat ialah Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti Kilometer 3 dan Jalan Keselamatan (Kesban) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu Kilometer 2,” katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...