APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Tuesday, 25 October 2011

Rusa , Penyu Bakal Gegarkan Shah Alam


BARISAN pemain Terengganu sudah memulakan persiapan menjelang final Piala Malaysia, Sabtu ini

SEMUA sudah mengetahui betapa Stadium Shah Alam bakal menerima ‘tetamu istimewa’ yang diundang ke pentas final kempen Piala Malaysia edisi ke-90, iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu pada Sabtu ini.

‘Rombongan merisik’ juga telah dihantar kedua-dua pasukan sebelum ini sebaik mengecewakan Selangor dan T- Team di peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

Ternyata, ‘jodoh’ antara Sang Rusa dan Sang Penyu juga seakan-akan sudah tertulis lantaran kedua-dua pasukan juga beraksi dalam Kumpulan B pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Berdasarkan rekod, Negeri Sembilan barangkali boleh mendabik dada di Shah Alam kelak lantaran kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada peringkat kumpulan masih segar dalam ingatan penyokong fanatik Hoben Jang Hoben.

Walaupun kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu selepas itu, kredibiliti Sang Penyu yang menempah slot ke peringkat akhir juga tidak boleh dipandang sebelah mata.

Tambahan pula, anak-anak buah Irfan Bakti itu dilihat telah menempuh segala bentuk dugaan apabila berjaya menewaskan dua pasukan elit, Kelantan dan Selangor di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.
NEGERI Sembilan melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2009. 

Jika itu dijadikan ukuran, impian Sang Penyu menamatkan kemarau menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi mereka sedekad lalu juga dilihat lebih cerah kerana Sang Rusa dilihat belum diuji sepenuh- nya apabila sekadar menewaskan dua pasukan berstatus kelab, Felda United dan T-Team dalam perjalanan ke perlawanan akhir musim ini.

Sekiranya tewas Sabtu ini, Terengganu masih boleh menebus kekecewaan dan kembali membuat perhitu- ngan dengan Negeri Sembilan bagi aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tahun depan lantaran memegang status selaku juara Piala FA musim ini.
Namun jika menang, aksi Piala Sumbangsih pastinya lebih mendebarkan apabila Terengganu bakal berdepan juara Liga Super musim ini, Kelantan – pasukan yang ditundukkan mereka dengan agregat 5-3 pada saingan suku akhir yang lalu.

Pada masa sama, pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah juga sudah tentu tidak mahu duduk diam, tambahan pula final kali ini me- rupakan final kali ketiga berturut-turut selepas dikecewakan The Red Warriors musim lalu biarpun mengecewa- kan pasukan yang sama pada perlawa- nan akhir 2009.

Kredibiliti Azraai yang berjaya membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut sejak 2007 juga mungkin menerbitkan rasa resah di hati Irfan yang pastinya rancak memikirkan formula terbaik bagi memastikan tahun ini merupakan tahun paling gemilang buat gergasi Pantai Timur itu.

Malah, tidak mustahil Azraai kini disayangi peminat Hoben Jang Hoben lantaran sikapnya yang sering menghargai penonton semasa menerajui Kedah sebelum ini diteruskan, dan ia dapat dilihat dalam aksi separuh akhir sebelum ini apabila kesemua pemain Negeri Sembilan dilihat menuju ke arah tempat duduk penonton sebagai tanda terima kasih.

Dalam aksi separuh akhir Sabtu lalu, Sang Penyu meneruskan kemaraan se- baik mengecewakan juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor dengan agregat 4-1 menerusi kemenangan bergaya 2-1 di tempat sendiri.

Terengganu menang hasil jaringan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Samsuddin pada minit ke-17 dan 72, manakala gol sagu hati Selangor dijaringkan oleh Safiq Rahim dua minit sebelum tamat perlawanan.

sumber:kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...