APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 27 October 2011

Sukan: Ketepikan Isu Tiket, Sokong Pasukan Masing2 - Presiden FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.

Sebaliknya, baginda menyeru mereka datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam esok bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing yang berentap memburu Piala Malaysia musim ini.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.
(cuba renung ayat nie)

"Kasihan juga pasukan negeri- negeri telah belanja berjuta-juta untuk memperbaiki pasukan masing- masing.

"Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini. Dalam masa sama, menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wata- niah di Pekan semalam.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Terdahulu, FAM telah memutuskan harga tiket final bagi kesemua tempat duduk termasuk grandstand adalah RM50, manakala tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang.

Bagaimanapun, harga tiket itu telah menimbulkan bantahan penyokong dan beberapa pihak lain dan menurut baginda, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad telah menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbe- lanjaan yang meningkat.

Sultan Ahmad Shah bertitah, FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

Bagaimanapun menurut baginda, FAM akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak selepas perlawanan itu bagi memastikan tidak wujud masalah pada masa depan.

"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar," titah baginda.

Bagi membantu penyokong, Kera- jaan Negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket yang diperuntukkan, manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pula memberikan potongan RM20.

Ditanya mengenai penyokong yang menyalahkan FAM berhubung isu itu, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Jawatankuasa (Tiket dan Pertandingan Tempatan) dah putuskan, ia baik untuk kedua-dua pasukan."

Mengulas mengenai kejadian melempar cat merah di Wisma FAM, Kelana Jaya yang dipercayai ada kaitan dengan isu kenaikan harga tiket itu, Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

sumber:kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...