APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Sunday 8 January 2012

Jangan Menilai Orang dari Bajunya:Kisah Nyata Wujudnya Universiti Stanford






Seorang wanita yang mengenakan gaun pudar menggandeng suaminya yang berpakaian sederhana dan usang, turun dari kereta api di Boston, dan berjalan dengan malu-malu menuju pejabat Pimpinan Harvard University.

Mereka meminta janji. Sang setiausaha Universiti langsung mendapat kesan bahawa mereka adalah orang kampung, udik, sehingga tidak mungkin ada urusan di Harvard dan bahkan mungkin tidak sesuai berada di Cambridge.

"Kami ingin bertemu Pimpinan Harvard", kata sang lelaki lembut. "Beliau hari ini sibuk," sahut sang Setiausaha cepat. "Kami akan menunggu," jawab si wanita.

Selama 4 jam setiausaha itu mengabaikan mereka, dengan harapan bahawa pasangan tersebut akhirnya akan patah semangat dan pergi. Tetapi nyatanya tidak. Sang setiausaha mula kecewa, dan akhirnya memutuskan untuk melaporkan kepada sang pemimpinnya.

"Mungkin jika anda menemui mereka selama beberapa minit, mereka akan pergi," katanya pada sang Pimpinan Harvard. Sang pimpinan menghela nafas dengan geram dan mengangguk. Orang sepenting dia pasti tidak punya masa untuk mereka. Dan ketika dia melihat dua orang yang memakai baju pudar dan pakaian usang di luar pejabatnya, rasa tidak senangnya sudah muncul.

Sang Pemimpin Harvard, dengan wajah galak menuju pasangan tersebut. Sang wanita berkata padanya, "Kami mempunyai seorang anak yang kuliah tahun pertama di Harvard. Dia sangat menyukai Harvard dan bahagia di sini. Tetapi setahun yang lalu, dia meninggal kerana kemalangan. Kami ingin mendirikan peringatan untuknya, di suatu tempat di kampus ini, bolehkan? "Tanyanya, dengan mata yang menjeritkan berharap.

Sang Pemimpin Harvard tidak tersentuh, wajahnya bahkan memerah. Dia nampak terkejut. "Nyonya," katanya dengan kasar, "Kita tidak boleh mendirikan tugu untuk setiap orang yang masuk Harvard dan meninggal. Kalau kita lakukan itu, tempat ini sudah akan seperti kubur. "

"Oh, bukan," Sang wanita menjelaskan dengan cepat, "Kami tidak mahu mendirikan tugu peringatan. Kami ingin memberikan sebuah bangunan untuk Harvard. "

Sang Pemimpin Harvard memainkan matanya. Dia menatap sekilas pada baju pudar dan pakaian usang yang mereka kenakan dan berteriak, "Sebuah bangunan?! Apakah kalian tahu berapa harga sebuah bangunan?! Kami mempunyai lebih daripada 7,5 juta dolar hanya untuk bangunan fizikal Harvard. "

Untuk beberapa ketika sang wanita terdiam. Sang Pemimpin Harvard senang. Mungkin dia boleh bebas dari mereka sekarang. Sang wanita menoleh kepada suaminya dan berkata perlahan, "Kalau hanya sebesar itu kos untuk memulakan sebuah universiti, mengapa tidak kita buat sendiri sahaja?" Suaminya mengangguk. Wajah sang Pemimpin Harvard menampakkan kebingungan.

Mr. dan Mrs. Leland Stanford bangkit dan berjalan pergi, melakukan perjalanan ke Palo Alto, California, di sana mereka mendirikan sebuah Universiti yang menyandang nama mereka, sebuah peringatan untuk seorang anak yang tidak lagi diperdulikan oleh Harvard. Universiti tersebut adalah Stanford University, salah satu universiti pilihan kelas atas di Amerika Syarikat.

Kita, seperti pimpinan Harvard itu, selalu menilai melalui baju, dan lalai. Padahal, baju hanya bungkus, apa yang disembunyikannya, kadang sangat tak ternilai. Jadi, janganlah kita selalu abai, kerana baju-baju, acap menipu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...