APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Monday 31 October 2011

Sukan: Irfan Bakti Umum Tinggalkan Terengganu

Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.Di bawah kendalian Irfan Bakti selama dua musim.
Terengganu berjaya menjuara Piala FA, menjadi naib juara Liga Super dan terbaru naib juara Piala Malaysia selepas kalah kepada Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir Sabtu lalu.Pemergian Irfan Bakti bakal menyaksikan Terengganu musim depan akan dikemudi jurulatih baru.

Irfan Bakti sudah berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tidak menyambung kontrak bersama Terengganu. Tiada paksaan dan keputusan ini dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.Kemana haluan Irfan Bakti selepas ini?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...