APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Friday 6 January 2012

Bercinta Selepas Nikah

Orang berkata jika kita cintakan seseorang di dalam hidup kita dengan hati yang ikhlas, kita kan sanggup membahagiakan dia walau kita tidak hidup bersamanya..

    Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.

Dengan kata janji sebuah ikatan cinta, kita kan selalu membiarkan luka luka di dalam dakap dada demi melihat kebahagiaan seseorang yang kita cintai itu akan hidup dengan sempurna dan berbahagia.. Menyintai seseorang tidak seharusnya kita milikinya walau kita tidak bertepuk sebelah tangan.. Walau cinta kita berbalas, namun mungkin kerana beberapa hal, tiada jodoh antara kita dan dia.. Pasti kita akan cuba lepaskan si dia berbahagia..

Dan hal paling menyedihkan di dalam dunia percintaan, bila dua hati bersama sama, kenal erti cinta.. Mengharungi suka duka alam percintaan, namun di sebabkan tiada jodoh walau sekuat mana, sedalam mana ikatan cinta itu ada, pasti tiada jodoh.. Dan amat terasa kesedihan kerana tiada siapa mengerti akan peritnya cinta yang tidak mampu bersatu..

Dan bila adanya satu jodoh itu.. Di mana jodoh itu terjadi bukan kerana ada sifat cinta..Dan jua bukan kerana kasih sayang sesama dua hati.. Tapi kerana ketentuan dari takdirNya.. Dan jodoh itu telah pun ada.. Tapi apa yang merunsingkan.. Masih ada cinta antara dua hati tersebut?


Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah indah..

Kata orang bercinta selepas berkahwin adalah sesuatu yang bertuah..

Ingin aku bertanya di sini..

Berapa ramai di sini sudah berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya?
Berapa ramai pasangan di sini yang bercinta selepas kahwin?

Sudah semestinya cuma mendengar..

Bercinta itu tidak seharusnya berakhir dengan sebuah perkahwinan.. Sedangkan pencarian sebuah percintaan adalah perkahwinan.. Mengapa kita titik beratkan perkahwinan? Sedangkan berkahwin itu bukanlah pencariaan sebuah perhubungan.. Bukan tamatnya sebuah percintaan..

Kerana setiap perkahwinan adalah permulaan kisah hidup baru mencari kesempurnaan di antara dua hati yang halal mencari keredhaan Allah SWT menuju ke alam seterusnya.. Dan bukan bererti sudah tamat dan berakhirnya sebuah kehidupan..

Berapa banyak pasangan yang bercinta, dan berkahwin dan hancur musnah di tengah jalan.. Ada kalanya baru sahaja mendirikan rumahtangga namun musnah.. Ada yang sudah bertahun lamanya, musnah jua.. Bukankah mereka mereka jua bercinta sebelum berkahwin.. Dan berjanji sumpah setia.. Adakah cinta sudah pudar? Seiring dengan usia?

Menikahi seseorang yang kita ada perasaan cinta ada risiko yang amat besar di dalam kehidupan kita.. Kerana kita seolah mencuba dan mahu menilai sejauh mana kebenaran bercinta selepas kahwin itu indah.. Ya, amat besar risiko dan peranan yang ada memainkan watak yang amat penting sekali..

Aku mungkin tidak menikahi dengan seseorang yang aku cintai, namun berikanlah aku kekuatan untukku menyintai si dia yang telah menjadi halal bagiku
   

Sebuah perkahwinan bukanlah seperti kisah membeli baju di pasar malam.. Sebuah perkahwinan tidak boleh disamakan dengan kehidupan bujang dengan kekasih hati.. Perkahwinan ada sebuah ikatan janji antara dua jiwa, di mana akan bersama sama mengharungi suka dan duka di dalam mencari keredhaanNya..

Sebuah perkahwinan bukanlah dengan hanya mencuba dan putus dan mencuba lagi seperti hubungan bercinta dengan kekasih.. Perkahwinan itu benar, pasangan kamu jua benar, bila terjadi perkahwinan, tanggungjawap kamu akan bertambah..

    Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...