APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Monday 2 January 2012

ENTERTAINMENT: OMBAK RINDU: 10 KESILAPAN FILEM YANG KITA TAK SEDAR

Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 20 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas dari sebarang kesilapan.

Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.

1. TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam.




2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.
3. Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.

4. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3.
5. Bantal kecil di atas sofa ada dua sisi. Satu sisi hitam dan satu lagi sisi warna seakan emas. Selepas Haris lepaskan pelukan, korang akan perasan yang bahagian hitam bantal menghadap ke hadapan. Tetapi, syot seterusnya, semasa Izzah duduk di bawah, korang akan perasan sisi warna seakan emas menghadap ke hadapan, sebelum syot seterusnya menunjukkan sisi hitam kembali menghadap ke hadapan kembali.
6. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar.

7. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba.
8. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot.

 9. Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah

10. Air pasang muncul tiba tiba sedangkan semasa Izzah bersembunyi di bali batu, kawasan tersebut masih belum dinaiki air.


 
 Carian Google
  • kesilapan ombak rindu 
  • 20 kesilapan ombak rindu
  • kesilapan dalam ombak rindu
  • 20 kesilapan
  • ayat kursi
  • Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton
  • ombak rindu kesilapan
  • kesalahan ombak rindu
  • KESILAPAN FILEM OMBAK RINDU
  • 20 kesilapan ombak

idc

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...