APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Friday 20 January 2012

Bermula Sebuah Cerita Kehidupan Baru Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Perkongsian Sebuah Cerita Hidup Baru


Kepada semua sahabat2, followers, likers, pengunjung, pembaca APODAHJADI, sudah seminggu saya tidak update blog ini. Fuh, rindu bukan main saya nak update blog ni. Apakan daya panggilan penempatan posting bagi guru2 baru telah diterima pada 16 Januari 2012. Alhamdulillah syukur yang teramat amat. Penempatan ku di Kemaman, Terengganu. Bukak surat berdebor dan dapat di SK Bukit Mentok 2 dan berlarilah saya pada petang Isnin tue jugak dengan motor kriss comelku yang setia bersama susah senang. Kesian engko yer, baru potong blok. 

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok suruh saya lapor diri keesokan harinya iaitu hari Selasa. Dari Marang ke Kemaman perjalanan sebanyak 120 km plus2. Ibu bapa kat blakang bawak barang skali dengan kereta. Banyak kali gak berrenti kat tepian jalan dan engine motor kirss hangit giler. Alolololo kesian ko ek. He3...sayang motor kriss ijau tu. Dah lebih 10 tahun bersama.

Kira2 pukul 8.30 malam sampai di Chukai bersama family setelah mengambil masa selama 3 jam. Moto enjin 4T beb. Menunggu kehadiran sahabat Wan Zarif Wan Mansor. Credits and thanks to him cause he help me a lot. Show me the school, find me a room (RM 300/month) quite expensive. Just a room k.


Bilik tue bukak pintu jer dah nampak tanah. Just boleh wat tido jer la. Nak masak2 tak leh. Ha3. Sabo jer la. Nak tak nak kene ambik sebab dah lewat malam dan esok kene lapor diri. Kene bangun awal hari pertama ni.

Berdebar hari pertama ke sekolah dan bertemu dengan headofmaster kejap dan diberi taklimat, saya jumpa PK 1 utk dibahagikan jawatan. WOW...saya menggantikan Pn. Zalaha yang sudah berpencen. Jadi byk jawatan yg beliau sandang will be hand down to me. Hari pertama sudah mendapat empat jawatan baru. Guru Kelas, Pengerusi  Pendidikan Seni, SU MBMMBI, Guru Penolong. Muah3. 

Minggu pertama ini penuh dengan kesbukan dengan pengurusan murid darjah 3D. Menjadi guru kelas adalah pengalaman pertama dan ianya sangat mencabar. Fuh...kedatangan pelajar, menghias kelas, Borang BMM, urus murid baru masuk, masalah murid, kutip yuran, masukkan nama murid RMT, dan lain2. 

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun keadaan diri tidak mengizinkan.  Terima kasih kepadmu Ya Allah kerana memudahkan segalan urusanku.Tanggungjawab sebagai seorang guru sangat besar dan ini adalah amanah yang perlu dihayati,dipegang, dan wajib dilaksanakan. We are shaping our growing future.


Dengan Lafaz
Bermulalah sebuah kewajipan tanggungjawab amanah dengan langkah pertama....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...