APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Sunday 8 January 2012

Yusry Kru Excited Temani Lisa Surihani Kursus Kahwin

Pelakon jelita, Lisa Surihani terharu dan gembira apabila bakal suami, Yusri Abdul Halim, bersemangat untuk menemaninya menghadiri kursus pra-perkahwinan yang dijadualkan esok.

Walaupun Yusri tidak perlu datang, tetapi, demi insan yang dicintainya itu, kehadirannya ke kursus tersebut adalah sebagai tanda sokongan murni kepada Lisa.

“Saya cakap dengan abang (Yusry) tak payah pergi tapi dia bertegas juga untuk menemani saya pada kursus itu nanti sebagai tanda sokongan kepada saya,” katanya yang dipetik dari portal berita, Mstar, semalam.

Difahamkan, kedua-dua artis ini telah pun menjalani ujian saringan HIV pada 6 Januari lepas di Klinik Kesihatan Putrajaya bagi memenuhi salah satu syarat dalam proses perkahwinan.

Ketika ditemui di majlis pelancaran filem Ular di KRU Studios di sini semalam, Lisa sempat memberitahu media mengenai pertukaran lokasi dan masa untuk majlis pernikahan mereka yang pada asalnya ditetapkan selepas solat Asar di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menurut Lisa, lokasi majlis pernikahan mereka terpaksa ditukarkan ke Hotel Marriot Putrajaya selepas solat Maghrib pada 23 Februari ini memandangkan beberapa faktor yang mungkin mengganggu majlis mereka.

Lisa turut memaklumkan bahawa perubahan itu terpaksa dilakukan untuk memberikan kemudahan kepada para tetamu yang hadir dan untuk mengelakkan kesesakan di masjid jika pernikahan dibuat selepas solat Asar.


“Waktu antara Asar dan Mahgrib adalah singkat dan mungkin akan menyebabkan kesesakan di masjid dan kami tidak mahu ada apa-apa kekecohan di sana nanti kerana perlu menghormati masjid tambahan pula mungkin menyusahkan tetamu untuk datang kerana masih waktu bekerja.

“Atas dasar itu juga kita memilih untuk buat selepas Maghrib di Hotel Marriot bagi memudahkan mereka datang selepas bekerja,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Lisa memaklumkan bahawa perubahan lokasi dan masa tersebut tidak melibatkan majlis resepsi perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini.

Sementara itu, bagi memastikan majlis bersejarahnya berjalan lancar seperti yang dirancang, Lisa melahirkan rasa syukur kerana segala urusan dan penyediaan perkahwinan mereka berdua banyak dibantu oleh kelurga kedua-dua belah pihak.

“Ramai yang menolong dalam memudahkan persiapan kami dan paling penting baju nikah dan untuk bersanding telah pun ditempah.

“Mengenai konsep dan persiapan lain semuanya masih dalam perbincangan dan kami sedang usahakannya bersama-sama,” ujarnya.

Doa penulis buat Yusri dan Lisa, semoga ikatan suci yang bakal termeterai tidak lama lagi akan kekal hingga ke akhir hayat dan mampu membahagiakan pasangan masing-masing.

mnh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...