APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 12 January 2012

Rumah Wardina Kene Rompak 3 Perompak Indonesia:Suami Teruk Dibelasah



Artis yang juga pengacara MHI TV3, Wardina Safiyyah menempuh pengalaman menakutkan awal pagi ini apabila kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang telah diceroboh dan dirompak tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang serta tongkat.
Wardina yang memaklumkan mengenai kejadian yang disifatkan pengalaman menakutkan itu melalui laman peminat Facebook dan Twitternya berkata, tiga lelaki disyaki warga Indonesia itu telah memukul suaminya serta melarikan lima komputer bimbit dari kediamannya.
Beliau yang terpaksa meminjam komputer bimbit jiran untuk berkomunikasi berkata, dia bersama anak-anak juga terpaksa bersembunyi di bawah selimut ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.
“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids (Ia sungguh menakutkan melihat tiga lelaki bertopeng dengan membawa tongkat dan parang dalam rumah kami…(saya) bersembunyi di bawah selimut bersama anak-anak), takut sangat Ya Allah,” tweetnya kira-kira jam 5 pagi tadi.
Menurut Wardina, perompak terbabit telah melarikan beg berisi dokumen penting dan meminta orang ramai yang melihat kumpulan lelaki yang disyaki terbabit di sekitar Bukit Antarabangsa dan Ampang supaya melaporkan kepada polis.
Katanya, anggota polis juga telah sampai ke rumahnya untuk siasatan.
“Tolong hati-hati sekarang musim pencuri masuk rumah nak CNY (Tahun baru Cina) ni. Tengah redhakan hati..but we are very disturbed indeeed (tetapi kami amat terganggu),” tweetnya lagi.

Sumber Rumah Wardina Kena Rompak oleh 3 Perompak Indonesia

keadaan rumah wardina selepas dirompak
\
p/s nasib baik tak der aper kat keluarga wardina alhamdulillah....harta boleh cari balik, keluarga maner nak cari kalo dah takder

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...