APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Monday, 24 October 2011

Apo Dah Jadi :Roboh Rumah Dengan Jentolak

Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya

MARANG — Mahkamah Majistret Marang hari ini mendenda seorang warga emas RM500 kerana merobohkan rumah yang didiami anak dan cucunya sendiri dengan menggunakan jentolak, Mei lalu.

Tertuduh, Mat Yasin Ali, 71, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof. Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh dan mendenda RM500.

Peguambela Ahmad Fairuz Jusoh ketika mengemukakan rayuan meminta agar hukuman diringankan memandangkan anak guamnya sudah berusia dan ini merupakan kes pertama melibatkan tertuduh.

Tertuduh sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan gopoh sehingga mendatangkan bahaya dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan, denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh dengan seorang lagi yang masih bebas menggunakan jentolak untuk merobohkan rumah di alamat Kampung Batu 13 Jalan Kuala Berang, pada kira-kira pukul 9 pagi, 1 Mei lalu.

Rumah berkenaan didiami oleh Mohd. Sukri Yusuf yang merupakan cucunya bersama ahli keluarga yang lain. — Bernama

Sumber: Kosmo Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...