APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday, 27 October 2011

Berita: Rumah Paling Mahal Dunia Tidak Didiami

MUMBAI – Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala.

Bangunan 27 tingkat itu – dinamakan Antilia – adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.

Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu.

Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.

Memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung, menurut penilaian vastu shastra – sejenis kepercayaan seperti feng shui – Antilia akan membawa nasib malang kepada penghuninya.

Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.

Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi.

Menurut sumber, Mukesh akan kembali ke rumah sedia ada setiap kali majlis berkenaan selesai diadakan.

“Dia enggan bermalam di Antilia,” katanya.

Menurut falsafah vastu yang digunakan dalam pembinaan kuil Hindu, sesebuah bangunan mesti menghadap matahari terbit.

Bahagian timur Antilia pula tidak memiliki tingkap atau ruang terbuka mencukupi bagi membolehkan penghuninya mendapat cahaya pagi mencukupi.

Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka – sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai.

Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar. – DM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...