APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 27 October 2011

Watak Kartun Nabi Nuh Disiarkan RTM TV2!!!

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

p/s Macam mana rancangan nie boleh terlepas kat TV 2???. Tidak ader penapisan kah?. TV2 mintak maaf?. Kalo maafkan lain kali boleh ulang lagi. Yelah yang buat masuk rancangan nie orang Malaysia ke khususnya RTM or Walt Disney?. Sampai boleh lukis watak dan gambaran Nabi Nuh. Taakan satu makhluk yang makan gaji kat sana  langsung x sedar.Aghhhhhhhhhh. Bak kata pepatah..TINGGI SONGKOK DARI OTAK!!!KEJI BETOL


sumber:BS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...