APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Thursday 27 October 2011

Teknologi: Samsung Lancar Galaxy Nexus

KOREA SELATAN – Syarikat pengeluar teknologi komunikasi antarabangsa, Samsung Electonics, akhirnya melancarkan telefon pintar Galaxy Nexus yang sebelum ini terpaksa ditunda untuk menghormati kematian pengasas Apple.Inc, Steve Jobs,pada 5 Oktober lalu.

Telefon pintar keluaran Samsung Electronics itu menggunakan sistem operasi terbaru android, ‘Ice Cream Sandwich’ dan dijangka berpotensi untuk menarik minat pencipta-pencipta aplikasi dan penggemar telefon pintar.

Galaxy Nexus memiliki ciri-ciri skrin AMOLED yang berukuran 4,6 inchi, processor 1.25Ghz dual core, dan memberikan aplikasi mengenal wajah untuk membuka telefon bimbit yang dikunci.

Pengeluar telefon bimbit nombor dua di dunia itu juga mengumumkan tentang penggunaan teknologi terkini dan paling canggih, ‘Long Term Evolution’(LTE).

Penjualan Galaxy generasi sebelumnya iaitu Galaxy S dan SII telah mencapai 30 juta unit.

Sehingga kini, telefon pintar Samsung tersebut menawarkan lebih dari 30 ribu aplikasi dan permainan menerusi produknya, namun masih jauh ketinggalan dibelakang pesaing utamanya, Apple, yang menyediakan lebih 425 ribu aplikasi melalui App Store.

Samsung merupakan pengeluar telefon pintar yang mengunakan sistem android dan sekaligus merupakan pesaing terbesar Apple.



sumber:mnh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...