APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Wednesday, 19 October 2011

Apo Dah Jadi: 41 Orang Muflis Setiap Hari

-AKIBAT GOLONGAN MUDA SUKA BERHUTANG KERANA MAHU BERGAYA

Biar papa asal bergaya.Sikap golongan muda berusia 35 tahun ke bawah di negara ini
yang suka berhutang bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden kini mencetuskan
fenomena menakutkan apabila 41 daripada mereka diisytiharkan muflis setiap hari.

Mereka berbelanja bukannya menggunakan wang tunai sebaliknya berhutang disana sini
terutama dengan menggunakan kad kredit tetapi akhirnya tidak mampu membayar hutang berkenaan.

Dalam tempoh tiga tahun lalu sahaja,kira kira 45,000 orang anak muda diisytiharkan muflis.

Ketua Pegawai eksekutif pusat penyelidikan dan sumber pengguna(FOMCA),datuk Paul Selvaraj
berkatakajian rambang mendapati seseorang individu akan muflis jika 30 peratus pendapatan
bulanannya terpaksa diperuntukan bagi membayar hutang...

P.S KITA KENA SENTIASA BIJAK DALAM MENGURUSKAN KEEWANGAN PERIBADI
KITA BAGI MENGELAKKAN TERJADINYA PERKARA BEGINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...