APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Sunday, 23 October 2011

Apo Dah Jadi: Bedah Plastik Untuk JAdi Superman


Seorang lelaki Filipina yang obses dengan watak Superman telah menjalani pembedahan dalam usahanya untuk mengubah dirinya menjadi adiwira itu.


Lelaki yang dikenali sebagai Herbert Chavez, 35 itu telah beberapa kali melakukan pembedahan plastik dalam tempoh 16 tahun semata-mata ingin mendapatkan dagu dan hidung seperti Superman.
Dia juga melakukan suntikan silikon di bibir dan implan bahagian paha untuk kelihatan lebih berotot.

Akuan Facebook miliknya memaparkan puluhan gambar dan kapsyen menerangkan mengapa dia melakukan pembedahan plastik untuk menjadi Man Of Steel atau Superman.
"Saya bercadang untuk kelihatan seperti Superman sejak kecil lagi. Saya mahu menjadinya dan kelihatan seperti Superman akan membuatkan saya gembira dan berpuas hati asalkan saya tidak mengganggu sesiapa," katanya.


sumber: kosmo dailymail.co.uk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...