APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Tuesday, 18 October 2011

Jambatan 2 Lorong LDP Dibuka

PUCHONG: Seramai 85,000 pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tidak lagi berdepan masalah kesesakan lalu lintas apabila jambatan baru dua lorong di persimpangan bertingkat Puchong Intan menghala ke Putrajaya akan dibuka Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans kota Sdn Bhd (Litrak), Sazally Saidi berkata, pembukaan jambatan sepanjang 550 meter yang menelan belanja RM35 juta itu bakal melancarkan aliran trafik di kawasan terbabit dan memudahkan perjalanan pengguna jalan raya terutama pada waktu puncak. “Berdasarkan kajian dijalankan, sebanyak 35,000 kenderaan dari arah IOI Mall akan menuju ke arah Shah Alam manakala 50,000 lagi menghala ke Putrajaya setiap hari. “Justeru dengan pembukaan jambatan baru ini, Litrak menganggarkan 74 peratus kenderaan ke arah Putrajaya akan menggunakan jambatan itu.


“Selain dapat melancarkan aliran trafik kedua-dua arah (Shah Alam dan Putrajaya), ia juga dapat mengurangkan masalah kenderaan yang beratur panjang sekarang,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Ketika ini, kenderaan bergerak perlahan sehingga dua kilometer berikutan kesesakan jalan raya yang berlaku di Persimpangan Bertingkat Puchong Intan.


“Jambatan itu berjaya disiapkan dua bulan lebih awal daripada tarikh asal kerana mengikut jadual ia sepatutnya siap pada Disember tahun ini. Dengan pembukaan jambatan itu, menandakan projek Pakej 5A di bawah Projek Menaiktaraf LDP 5 siap sepenuhnya,” katanya.


Pakej 5A yang menelan belanja RM105 juta adalah sebahagian daripada empat fasa projek naik taraf LDP yang bermula sejak 2009 lagi.

Selain kerja menaik taraf persimpangan bertingkat Puchong Intan (pembinaan jambatan), pakej ini juga membabitkan aktiviti pelebaran lebuh raya daripada tiga kepada empat lorong di Kampung Bharu Puchong serta kerja menaikkan taraf persimpangan lampu isyarat di Puchong Perdana.

SUMBER:HMETRO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...