APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Wednesday 19 October 2011

Kampung Hang Tuah Dibina Dengan Kos RM132 Juta

Melaka -Sebuah lagi projek pelancongan, Perkampungan Pahlawan Laksamana Hang Tuah, pahlawan terbilang Melaka, akan didirikan di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung di sini dengan nilai RM132 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kampung tersebut dipilih kerana ia dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.

"Perkampungan itu bakal dibina menerusi satu perancangan bersepadu menggabungkan identiti budaya, seni bina dan tradisi itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pecah Tanah projek itu petang Selasa.

Beliau berkata kerajaan negeri berpendapat adalah wajar kampung itu yang pada masa kini dilawati kira-kira 2,000 pengunjung sebulan dibangunkan semula sebagai salah sebuah tempat pemuliharaan sejarah melalui pendekatan 'Muzium Hidup' yang melibatkan kehidupan masyarakat kampung ini.

"Hang Tuah dan Melaka adalah sinonim dan adalah satu kerugian jika kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memashyurkan kembali nama laksamana terbilang ini kerana ia berkait rapat dengan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka," katanya.

Katanya, pembinaan projek itu melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 10.4 hektar yang bernilai RM34.132 juta.

Beliau berkata pembinaan perkampungan itu akan melibatkan pembinaan struktur-struktur baru yang lebih tersusun manakala struktur sedia ada akan dibaik pulih dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Antara struktur baru yang akan dibangunkan ialah Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Kasturi, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, rumah tradisional Melayu, Muzium Hang Tuah, auditorium, balai adat dan pentas kebudayaan.

Selain itu kerajaan negeri akan membaik pulih perigi Hang Tuah, surau, enam buah rumah tradisional milik perseorangan, meroboh gelanggang silat yang usang dan menggantikannya dengan pentas silat utama yang lebih luas.

Katanya, projek perkampungan boleh dilihat sebagai program serampang dua mata yang menggabungkan elemen sejarah sebagai tarikan pelancong dan pusat pengembangan aktiviti ekonomi bagi kira-kira 2,000 orang masyarakat kampung itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...