APO DAH JADI : Jutaan TErima Kasih Untuk Setiap Klik Geng Semua...Sebab jadi penghidup blog ni...Saya akan membalas blogwalking geng semua yang datang selagi mampu

Monday 24 October 2011

Gelaran Lelaki Jambu Untuk Mereka Yang....

Okey..serius nie okey...Masa kecik2 dulu...aku malu nak bagitau nie..Nie antara kita jer...RAhsia tau... Begini ceritanyer..

Masa aku time budak skolah rendah, sekolah rendah...bukan aku yang rendah. Time tue keluarga aku amat mementingkan kami adik beradik berdikari. Kalo nak mintak seposen tue..alamatnyer makan kuih berjari lima la. Kalo special berjari spoloh. Kah3...begitulah gambarannya buat korang. Maaf gambar tidak disertakan.

Maka untuk mendapatkan benda yang paling digilai ramai oleh umat seluruh dunia nie. sampai ader yang maki memaki, bunuh dan dibunuh, adik beradik jadi adik xjadik,aku dengan tabahnya menebalkan muka yang x bermakeup ini menjual JAMBU AIR. Warna nyer ala2 pink kemerahahan..HEH korang pikir aper...kaler pink kemerahan...Bukan oink oink tue...tue HARAMMMMMMMM.

Inilah wajah suspek yang korang jarang tengok tue


Jambu nie kalo ikut kedudukan geografinya melalui google earth, terletak kat blakang rumah aku. Time pokok nie bersalin atau lebih saintifik lagi beranak dan berbuah, aku lah orang paling gembira. Boleh wat money ngan buah2 yang sedang masak ranum tue. " masaklah korang, jap lagi aku kutip dan jual".

Maka aku dan mama mencari incik galah yang panjangnya cam galah...sebab tu dinamakan galah memulakan misi dinamakan MISSION 18. Wahhh mcam tentera lak. Kenaper namer pelik bebenor. Weh nanti lah korang kan tau sebab kemudaratannya aku bg nama tuh...

Jolok punya jolok kat setengah jam..dapatlah satu baldi. Mak aku suruh anaknya yang soleh dan patuh pada kata2nya...heh memuji diri sendiri dengan biadapnya...membasuh la makhluk buah nie dengan air suci@air paip. Korang jangan basuh ngan air yang bukan2. Kalo korang ader telaga pun boleh yang penting air suci.

Lepas basuh...perghhh kalo korang tgk macam kereta yang lepas keluar snow wash... Kebanyakan kedai basuh kete skang letak nama snow wash...Bila aku pege basuh kete kat situ...x der lak mak bapak dan cucu cucu salji jatuh dan bertandang kat situ. Kalo ader kedai yang camtu...roger aku k..Nak gak rasa...jauhnyer aku lencong dah sampai thailand...Patah balik

Bapak bersih dan berkilat nyer. FRESHHH..jambu tue..pandang kiri kanan...tgk mama takder...ngup ngap 2 3 bijik...perghhhhh...  Bila sentuh saja deria rasa kat lidah aku nie...satu kelazatan dan nikmat luar biasa terjadi...kalo x rase aper2 itu tandanya nak...jawapan kat korang...Lalu aku melakukan proses menguyah melalui gigi2 geraham besar dan kecil, gigi taring dan kapak. After that aku menelannya. Buah tersebut menyusuri laluan esofagus aku kat batang leher ni untuk ker destinasi pewrot aku yang 'sdikit' agak bulat.HAHAHAHAHA

Sesudah itu proses filtering dan pembungkusan  bermula. Proses filtering dimulakan sebelum proses pembungkusan. Buah2 yang cantik, gemok gedebu dan tidak pecah rumah diasingkan. Senang nak agihkan nanti sama rata. Berbekalkan kertas surat khabar lama, jambu2 itu dibalut dalam 20biji/bungkus. Banyak and besar bungkusannya. Kesemuanya 18 belas bungkus. Itulah dinamakan MISSION 18. Ha, korang dah taukan naper namer  tersebut diperoleh. Lebihannya kami makan sekeluarga sambil mencecah kicap+gula+sedikit belacan+lada. Bakal mak mentua 20 tahun lagi lalu pun x perasan.

Kejap yer panjang sangat ker...aper..korang nak baca gak???...Arigato2...aku teruskan cerita..

Jambu yang telah melalui proses pembungkusan aku bawa letak dalam kotak besar @peti sejuk. Supaya x kecut and kekal segar bugar. Esoknya bermulalah kerja aku kat skolah. Pagi2 lagi masuk kelas jer..aku diserbu rakan2 ku. Aper...bukan kerna diri aku ni artis, yang mereka mahukan hanyalah JAMBU.

Tak cukup tangan nak layan. Erm kene cari 'tangan lebih ni'. " Jambu2, 30 sen sebungkus.Muroh saja'. AKu melaungkan kalimat2 tersebut diikuti dengan perbuatan mengawalnya agar aku masih dianggap siuman. Aku tidak menghiraukan kemaluan aku akibat kesangapan duit yang dialami. Kah3..nak seribu daya beb.

Sebelum pukul sploh pagi, jambu abis dijual. DApatlah lebih kurang RM 5.40 sen. Puas beb. Aku tersenyum riang. Kih3..rasa sayang lak nak belanjakan duit tu. Wei aku bukan kedekut taik hidung air laut, cuma bila dah rasa nak cari 10 sen tu susah aku lebih menghargai benda tersebut. Kerna DIRIMU BEGITU BERHARGA.

Akan ku simpan dikau dalam tabung buluh buatan tangan aku sendiri...demi masa depan ku...buat masa skang bergelaplah ko dlam jangka waktu tertentu, dan dalam kegelapan tertentu dan dalam ketinggian tertentu buluh tersebut.


Nak dijadikan dan dipendekkan cerita,,panjang sangat jenuh dan jemu korang baca nanti...dah hari hari aku jual jambu nie kecuali cuti umum dan cuti yang diumumkan, budak2 lelaki akak member2 yang kepala jenis suka bagi nama kat orang menamakan aku LELAKI JAMBU. Perghh...bangga, geram, air mata, riang bercampuur baur.AKU NIE MANUSIA BUKAN JAMBU.

Gelaran Lelaki Jambu untuk Mereka Yang....Jual Jambu????...

Lekatlah sekejap nickname tue...ha3...tapi yang kuat makan jambu tue diorang. Slalu datang beli kat aku. BESTKAN JAMBU NI...JAMBU BATU LAGI BEST...
 

SEKIANNNNN...TERIMA KASIH KERANA MENGGAHKAN MATA DAN TETIKUS KORANG UNTUK SCROLL N BACA ARTIKEL NIE...




4 comments:

  1. wah...serius teringin nak makan jambu!

    ReplyDelete
  2. skang nie gerai jambu tumbuh kat tepi jalan cam cendawan..fenomena kat trengganu skang

    ReplyDelete
  3. jambu air memang sedap..nak2 yg jambu air madu..pasal car wash tu, wah sedap wooo..basoh auto punyer..hhehe..kat kuantan..papepown name jambu itu best..=)

    ReplyDelete
  4. kalo ge kuantan dan bkesempatan, nak try basuh secara auto la kat sana. . .tapi basuh auto can kurag kaw sket

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...